Label Cendawan Keluaran PCS

Jadual Kursus

Borang Pendaftaran Kursus/Pertanyaan

Catalog 2011

Wednesday, May 28, 2008

Dua bulan lagi

Bercakap tentang 2 bulan lagi, banyak yang perkara yang terlibat sebenarnya. Antaranya pertama adalah 2 bulan lagi masa yang diperlukan untuk 1st batch beg cendawan ini akan mengeluarkan hasil. Insyallah. Yang keduanya dalam tempoh 2 bulan juga EJAF/Pusat Cendawan Segambut akan memulakan fasa kedua penghasilan beg cendawan secara komersial. Yang ketiga nya saya hanya akan berada di Malaysia, Negara tercinta dalam masa 2 bulan lagi. Saya cuba menerangkan cerita ‘2 bulan lagi’ secara am.

1st Batch Beg Cendawan Ini Akan Mengeluarkan Hasil. Insyallah
Buat beg sudah, mengukus pun sudah. Langkah seterusnya adalah menyuntik benih dan memeram beg. Semua beg telah ‘disuntik’ seperti yang dinasihatkan. Semua beg disusun diatas rak yang telah saya buat sendiri. Seperti yang telah saya nyatakan dalam artikel lepas. Saya telah modified 2 almari pakaian yang dah tidak digunakan. Tuan2 boleh lihat pada gambar yang saya sertakan disini. 2 rak almari ini tidak cukup menampung 300 beg cendawan. Saya ada rak tambahan untuk tujuan ini.

Penghasilan Beg Cendawan Secara Komersial
Saya telah menyiapkan perancangan untuk menghasilkan beg cendawan secara komersial dalam masa dua bulan lagi. Yang mana penghasilan beg ini adalah untuk tujuan jualan kepada pegusaha-pengusaha yang mempunyai masalah didalam mendapatkan beg cendawan. Perancangan ini melibatkan modal yang agak besar. Macamanapun jalanya sudah ada. Jadi saya minta agar sahabat2 semua sama2 berdoa agar cita-cita saya akan tercapai kelak. Insyallah. Nantikan Berita Terkini dari Pusat Cendawan Segambut sedikit masa lagi.

Kembali Ke Malaysia 2 Bulan Lagi
Dalam kesibukan menjalankan perniagaan cendawan, saya terlupa yang saya ini masih ‘diperlukan’ oleh satu kontraktor pembagun industri minyak dan gas dari Belanda untuk menjalankan kerja2 mereka. Ketika menulis artikel ini saya sedang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Ghandi , Hydrabad, India. Seterusnya saya akan ke Visakhapatnam, Andra Pradesh yang terletak di bahagian Pantai Timur India. Kemudianya destinasi terakhir saya adalah kapal M.V Lorelay yang sedang melakukan kerja memasangan paip gas di Teluk Benggala. Saya akan bertugas disana kira2 35hari dan pulang ke Malaysia.

Beginilah tugas sebagai jurukur di laut. Pengalaman yang ada membuatkan pasaran mencari ‘org’ untuk berkerja. Pendapatan juga agak lumayan kerana dipengaruhi harga minyak yang tidak menentu kini. Alhamdulillah ini rezeki berkat kesabaran saya mengharung 5 ½ tahun cabaran menuntut ilmu dan menjawab sinis jiran tentang kerjaya jurukur tanah yang saya ceburi.

Itulah coretan saya tentang ‘2 bulan lagi’. Tanggung jawab mengurus bangsal cendawan telah saya berikan kepada Bapa saya. Inyallah beliau akan menjaganya dengan baik di samping bantuan yang kan diberikan dari rakan2 saya.

Sekian
Eddy
Hydrabad, India

Friday, May 23, 2008

Tuaian Pertama

Di peringkat awal mengusahakan cendawan saya ada membeli 60 beg cendawan ¾ matang dari Cendawan Puchong sebagai permulaan dan latihan. Setelah memeramnya 2-3 minggu hasilnya mula kelihatan.

Beg cendawan yang pertama mengeluarkan hasil
Hasil dari beg percubaan ini hanya untuk dimakan oleh kami sekeluarga di samping memberi kepada jiran-jiran sebagai promosi.

Saturday, May 17, 2008

EJAF mengukus beg cendawannya.

Alhamdulillah berkat bantuan dan usaha kawan serta bapa saya 300 beg cendawan berjaya disiapkan. Walaupun hanya 300 bagi saya ia adalah permulaan yang baik. Jumlah ini akan bertambah hari ke hari sehingga menjelangnya fasa kedua pembangunan EJAF.


Mengikut urutan, setelah siap beg cendawan disediakan. Seterusnya adalah proses mengukus. Kukusan di buat dengan tong drum yang telah saya beli dahulu.

Pengukus dan beg cendawan

Saya membuat 4 pusingan untuk mengukus kesemua beg cendawan. Proses ini menemukan saya dengan kaedah monitoring suhu beg cendawan yang telah dikukus. Dengan menggunakan camera digital (flash on) dalam suasana bilik agak gelap. Ambil gambar beg cendawan yang dikukus. Melalui pembalikan cahaya yang terhasil, gambar yang terhasil akan membezakan beg cendawan mengikut suhunya.

Perbezaan beg cendawan yang telah dikukus mengikut suhu

Ini adalah sebahagian pengalaman saya ketika mengukus beg cendawan yang dapat saya kongsi bersama.

EJAF mula menyediakan beg media sendiri

Ini adalah hari yang agak sibuk bagi saya. Dimulakan dengan ke kedai barang lusuh untuk membeli tong drum untuk dibuat pengukus beg media. Harga besi yang tinggi mempengaruh harga tong drum. Setelah ditimbang tong drum yang saya pilih beratnya 25kg. Pekedai tersebut menjual kepada saya dengan harga RM50. Tidak banyak pilihan yang dapat dibuat. Jadi saya pun bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Kemudian tong tersebut dibawa ke EJAF Center untuk menyediakan tungku pengukus. Tungku pengukus siap saya pun berehat untuk sembahyang Jumaat
Setelah selesai Sembahyang Jumaat kerja disambung semula. Saya bertolak ke Cendawan Puchong bersama-sama ibu bapa saya untuk mengambil barang mentah yang telah ditempah. Tujuan membawa ibu bapa saya adalah untuk memberi gambaran yang lebih luas tentang projek yang sedang saya usahakan. Alhamdulillah nampaknya mereka lebih memahami apa yang sedang saya perjuangkan dalam bisnes cendawan ini. Barang yang ditempah di bawa ke EJAF Center.

Sponge untuk top dan EM

Bahan-bahan mentah
Malam menjelma, tetapi kerja masih perlu diteruskan. Dengan bantuan Katik, A-Pen dan Leman kami mula menyediakan bahan media dan menggaulnya. Selesai mengaul bahan, kerja memasukan bahan ke dalam plastik. Kerja ini berlarutan sehingga pukul 12 tgh malam. Kerja terpaksa ditangguhkan kerana rakan-rakan saya perlu rehat untuk berkerja ke-esokan harinya.
Katik, A-pen dan saya sedang menggaul habuk kayu
Katik, A-pen dan Leman sedang memasukan bahan media kedalam plastik

Setelah selesai mengemas lebihan bahan media. Kami bersurai dan kami balik ke rumah

Sunday, May 11, 2008

E&J Agro Farm hadiri kursus cendawan di Cendawan Puchong

Hari ini saya telah menghadiri kursus cendawan di Cendawan Puchong. Bilangan peserta kursus ini adalah 6 orang. Instructor ialah En Abu. Banyak pengalaman dan tips yang telah dikongsi oleh beliau. Kursus yang dimulakan dengan pengenalan kepada cendawan, lawatan ke tempat simpanan media & campuran media, kemudian ke dapur pengukus, kebilik suntikan, bilik eraman dan akhirnya ke bilik tuaian. Kemudian latihan praktik untuk menyediakan beg media diberikan. Pengalaman yang berharga bagi saya. Inilah kekuatan praktikal berbanding teori. Kemudian En Abu membawa kami untuk makan tengahari dan solat zohor.

Setelah selesai, sesi petang dimulakan dengan penerangan tentang penyakit cendawan, kemudian kaedah tuaian dan Q&A. Selesai kursus En Abu menyerah sijil penyertaan kepada semua peserta kursus.

Selesai kursus E&J Agro Farm (EJAF) meminta jasa baik En Abu untuk membekalkan 50 beg media yang telah disuntik benih. Alhamdulillah beliau mengizinkan. Almaklumlah tempahan yang saya buat masih lama lagi untuk diperoleh. Kini EJAF mempunyai 60 beg cendawan sebagai fasa permulaan perniagaan.

Thursday, May 8, 2008

E&J Agro Farm tempah 1000 botol cendawan

Saya telah menempah 1000 botol cendawan. Kerana sambutan cendawan agak baik oleh pengusaha baru seperti saya, Saya kena Q sebelum dapat bahagian saya dari pembekal. Tapi atas jasa baik pembekal saya meminta 10 botol sebagai permulaan. Tempahan penuh hanya akan diperoleh dalam masa 2-3 minggu.

Kerana hanya 10 botol cendawan, saya simpan dirumah sahaja. Dapat lah saya menunjukkan cara 'merawat' cendawan kepada ibu dan bapa saya. Mereka turut berminat untuk membantu saya dalam penanaman cendawan yang baru saya ceburi ini.


Monday, May 5, 2008

E&J Agro Farm mencari FAF

Hari ini saya telah ke Fatisha Agro Farm di Kajang. Jenuh juga mencari FAF. Berpusing-pusing juga sebelum dapat jumpa FAF. Hajat hati hendak berjumpa dengan pengusaha FAF. Tapi disebabkan tidak membuat temu janji, maka tiada sesiapa di FAF. Walaubagaimanapun saya berbangga juga kerana dapat melihat sendiri bangsal yang diusahakan oleh FAF.

E&J Agro Farm guna rumah sebagai Cendawan One Stop Center

Setelah lama berfikir, membuat RP dan survey supplier cendawan akhirnya keputusan pun dibuat untuk mengambil se-unit rumah setinggan untuk dijadikan Cendawan One Stop Center. Unit tersebut terletak di Kg Benteng Segambut Kuala Lumpur. Unit ini berukuran 120'x 40'. Kalu kira kasar boleh masukkan lebih dari 50k botol cendawan dalam satu masa. Ini gambar hall rumah tersebut.Maka bermulalah kerja mengemas unit tersebut supaya boleh dijadikan tempat eraman cendawan. Macam2 barang yang ditinggalkan oleh tuan rumah dahulu. Ada meja makan, set sofa, almari baju dan lain-lain. Sedang sibuk mengemas almari baju terpikir plak 'benda tu' boleh guna tuk rak cendawan. Maka Cergas saya pun susun lah almari itu. huh... bekemas sorang-sorang.. xbanyak yang boleh dibuat. Cuma semangat yang mengiring. Dah penat saya pun berhenti.