Label Cendawan Keluaran PCS

Jadual Kursus

Borang Pendaftaran Kursus/Pertanyaan

Catalog 2011

Saturday, March 13, 2010

Sendikit Penipuan Maybank

Salam buat pelawat sekalian,

Hari ini saya tergerak hati untuk membuka peti e-mail PCS yang telah lama saya tak check kerana email2 dari pelanggan telah saya re-directkan ke personal email saya

Nak di jadikan cerita, setelah membuka peti email tersebut saya ternampak email dari 'Maybank2U Berhad' yang bertajuk 'M2U Security Identifications'. Berderau darah saya melihat email tersebut. Maklumlah selama ini saya hanya mendengar berita mengenainya tapi hari ini saya bertemu dengan e-mail tersebut. Ikut kan hati mahu saja saya delete terus dari peti simpanan. Tapi timbul rasa ingin berkongsi dengan rakan2 sekalian. Bukan apa ini semua adalah untuk kebaikan kita bersama. Di bawah ini saya tampalkan screen dump email tersebut.
Email ini berkehendakkan pemegang2 akaun Maybank, logon kepada sistem (yang tersedia link ke server 'pencuri') untuk mengupdate akaun dengan click pada link yang telah disediakan. Setelah kita logon ke sistem, pihak 'pencuri' akan mengubah dan mengambil kesempatan pada akaun dengan memindahkan wang tanpa kebenaran tuan punya akaun.

Harapan saya jika selepas rakan2 menemui email seperti diatas, tolong jangan ikut arahan yang di berikan. Bak pepatah, Menyesal dulu pendapatan, Menyesal kemudian tiada gunanya.
Sekian,
Eddy PCS

Monday, March 1, 2010

Laporan Kursus Asas Penanaman Cendawan Tiram Kali Pertama

Mula kata saya dengan Alhamdullillah. Usaha warga PCS untuk menjalankan kursus berjaya. Tetapi ini baru permulaan bagi PCS. Jadi usaha dengan lebih keras perlu diteruskan

Jadi ada baiknya saya berkongsi cerita dengan pembaca blog PCS tentang kursus kali pertama kami. Macam orang putih selalu cakap ‘a picture tell us more then 1000 of word’ jadi saya akan gunakan gambar untuk post kali ini.

Di PCS kami menggunakan kelas ‘open air’. Susun atur kerusi kat atas tu 8 jer. Sebenarnya ada 4 lagi kerusi reserve kat tepi. Akan dikeluarkan jika ada tambahan peserta. Kekadang cuaca tak menentu, so kipas besor dah di ‘ready’kan untuk beraksi. PCS menjalankan kursus dengan bantuan laptop dan projektor. Jadi peserta dan PCS dapat berkongsi pengalaman dengan lebih dekat lagi kerana dapat berinteraksi secara terus.

Di PCS kami menggunakan bantuan mesin pembancuh simen dan mesin begging untuk proses menghasilkan beg cendawan. Jadi kami siapkan mesin-mesin ini untuk dicuba oleh peserta kursus kami. Namun teknik manual juga tak dilupakan.

Memandangkan ini kali pertama PCS menganjurkan kursus. Perkerja saya yang dedikasi iaitu En Jahagir terlalu excited sehinggakan beliau bagi tau saya ‘boss saya satu gambar boleh?’ jadi saya ambilah.
Tik... tok...tik... tok... rupanya jam dah pukul 8.45pagi. Perserta kursus pun dah mula tiba. Jadi proses pendaftaran peserta pun dimulakan. Selesai pendaftaran, dengan Bismillah saya mulakan kursus tersebut. Sedikit pengenalan tentang PCS telah diberikan dan terus menjurus kepada ilmu penanaman cendawan
Kemudian sedikit penerangan tentang bahan-bahan menyediakan beg cendawan diberikan dan diikuti dengan praktikal penyediaan beg cendawan.
Beg cendawan yang dihasilkan telah dibawa ke ruang kukus untuk di nyah-kuman
\Sesi menyuntik benih telah diterangkan oleh En Jahagir. Saya jadi back up/traslator. Maklumlah En Jahagir kami di import, kadang-kadang bahasa pertuturan beliau kurang difahami bagi mereka yang jarang bercakap dengan pekerja Bangladesh. Setelah diberi penerangan peserta kursus pun memulakan proses suntik benih dibawahkan pengawasan En Jahagir.
Kemudiaan peserta dibawa melawat ke ruang pengawasan beg cendawan yang telah di suntik benih. Ruang ini PCS gunakan untuk monitor perkembangan maisilium.
Setelah kami puas hati dengan perkembanganya, barulah beg cendawan dipindakkan ke Rumah Peram merangkap Rumah Hasil..


Setelah melawat Ruang Pengawasan.... kami berhenti rehat makan tengahari dan solat Zohor


Setelah rehat dan solat Zohor, kursus di sambung semula. Tempat seterusnya adalah Rumah Hasil

Kemudian peserta ditunjukkan cara-cara packaging untuk memasarkan cendawan. Jadi berakhirlah sesi praktikal kursus cendawan di PCS. Tetapi masih ada ilmu yang ingin di kongsi dengan peserta tentang penyakit dan strategi penghasilan cendawan. Jadi peserta kembali ke kelas untuk tujuan tersebut.

Terakhir, sesi penutup kursus dimulakan dengan penyerahan sijil peyertaan dan juga cendermata berupa kit cendawan. Sebelum peserta bersurai sesi bergambar telah diadakan.

Berakhirlah Laporan Kursus Asas Penanaman Cendawan Tiram kali Pertama di PCS.

Terima kasih kepada semua peserta kursus kali ini.

Kepada sesiapa yang berminat untuk merasai kursus cendawan di PCS boleh lah mendaftarkan diri untuk kursus yang seterusnya iaitu pada 13hb / 20hb / 28 March 2010. Hubungi 012-634 1981 (Eddy) untuk pengesahan tempat

Sekian,

EDDY PCS