Label Cendawan Keluaran PCS

Jadual Kursus

Borang Pendaftaran Kursus/Pertanyaan

Catalog 2011

Tuesday, November 4, 2008

Ruang 'Dimana Saya'

Assalamualaikum.

Harap maaf kepada pelawat/pelanggan PCS yang cuba menghubungi saya tetapi gagal. Ini mungkin disebabkan saya berada di luar kawasan liputan telefon. Maaf sekali lagi.

Dengan itu saya menambah ruang 'Dimana Saya' untuk mewar-warkan kepada pelawat tentang dimana saya berada.

Walaubagaimanapun saya masih boleh dihubungi melalui e-mail atau meninggalkan pesanan di blog PCS. e-mail PCS adalah enjagrofarm@yahoo.com atau pun menghubungi wakil PCS di talian yang terdapat di ruang 'Hubungi Kami'

Sekian.

Sunday, November 2, 2008

Perkongsian Pengalaman Sebagai Jurukur Tanah/Hidrografi.

Assalamualaikum,

Kali ini saya akan bercerita tentang perkara diluar topik CENDAWAN didalam blog PCS. Ini sebagai percambahan minda untuk kita kaum Melayu yang sangat saya sayangi. Ini kerana ramai antara kita yang masih belum mengetahui tentang tugas Jurukur Tanah/Hidrografi. Kita hanya terdedah kepada jawatan seperti Jurutera. Justeru menjadi tanggungjawab saya menyampaikan ilmu yang saya ada. Diharap dapat membantu rakan pelawat sekelian

Hasrat ini timbul apabila baru-baru ini saya telah ke Pej. Tanah WPKL untuk menguruskan permohonan tanah untuk Ladang PSC terletak di Segambut. Saya ke sana pada hari Jumaat setelah selesai solat. Terima kasih kepada Pegawai yang saya temui. Perhatian Puan amat saya hargai.

Ceritanya bermula apabila Puan tersebut bertanya adakah saya berkerja pada hari Jumaat. Saya menjawab tidak, tetapi menjawab saya akan berkerja keesokanya hari Sabtu. Puan tersebut kehairanan kerana pada hari kebanyakkan orang lain bekerja saya cuti dan sebaliknya. Kebetulan keesokanya (Sabtu) saya akan terbang ke India untuk meneruskan kontrak saya dengan Kontraktor pemasang paip gas & minyak disana. Lalu Puan tersebut bertanya apakah perkerjaan saya. Lalu saya menerangkan tentang nature pekerjaan saya. Puan itu penuh minat mendengar cerita saya. Rupanya pada masa yang sama Puan tersebut sedang mencari kursus yang sesuai untuk anak beliau meneruskan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Berikut antara cerita yang telah saya sampaikan. Saya bertugas sebagai Jurukur Tanah/Hidrografi. Pejabat saya di atas laut / kapal (Gambar)
Saya bersama rakan Jurutera Ukur. Kami berasal dari Malaysia. Gambar diambil semasa berada di North Sea, UK
Tanggungjawab Jurukur di kapal adalah memastikan kapal, paip dan struktur lain dipasang berada di tempat yang telah ditetapkan. Disamping itu Jurukur juga bertindak sebagai penasihat kepada Jurumudi kapal dalam hal halangan (hazardous structur) samada yang timbul diatas permukaan air (cth Platform, tongkong, dll) atau di dasar laut (cth paip minyak/gas lain, kekunci telaga minyak, valve dll) .
Contoh hazardous structur yang terdapat di laut
Oleh kerana saya berkerja dilaut + di luar negara. Sudah tentu tidak dapat pulang ke rumah setiap hari seperti perkerja yang lain yang berkerja di pejabat. Jadual kerja saya adalah berada dilaut selama 5 minggu dan bercuti 5 minggu. Ini bermakna dalam setahun saya bekerja 180 hari dan cuti 180hari. Figure yang menarik, tetapi percayalah bukan semua orang mampu menempuh nature of works yang saya jalani. Saya ada menghadiri confrence yang membincangkan isu yang berkaitan dengan aktiviti petrolium. Kami orang-orang yang berkerja dilaut di kelaskan sebagai special species. Ini kerana tidak ramai yang sanggup hidup mereka berjauhan dari keluarga dan rakan seperti kami lalui.

Dari segi pendapatan, tidak dapat dinafikan kami memperoleh pendapatan yang lumayan. Sebagai contoh dua orang fresh graduate yang keluar dari universiti pada masa yang sama. Seorang bekerja di pejabat dan seorang bekerja di laut. Pendapatan fresh graduate yang berkerja dilaut 3-4 kali ganda tinggi dari gaji fresh graduate yang bekerja di darat. Disini ada pro dan kontranya. Yang bekerja di darat memperoleh gaji yang kurang tetapi memperoleh kebebasan, masa bersama keluarga/rakan dan masa berhibur yang banyak. Sedangkan yang bekerja di laut tidak dapat nikmat tersebut. Masa kami bersama keluarga adalah ketika cuti.

Dari segi peluang pekerjaan pula, Jurukur Hirografi boleh bekerja dengan syarikat minyak seperti PETRONAS, SHELL, EXXON-MOBIL. Atau bekerja dengan kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan di laut. Syukur dunia globalisasi membuka peluang yang lebih luas kepada kami menerobos pasaran antarabangsa. Kini kami tidak terikat dengan pasaran tempatan malah boleh bekerja dengan syarikat antarabangsa. Bak pepatah Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalanya. Cuma saya meminta maaf kepada Pak Lah kerana menongkah arus saranan beliau yang mana berkehendakkan profesional warga Malaysia (modal insan) pulang berkhidmat di tanah air. Maaf Pak Lah.

Hampir terlupa. Di Malaysia hanya beberapa Instititusi pengajian yang menawarkan kursus untuk menjadi Jurukur. Antaranya:
UiTM melalui Jab. Sains Ukur & Geomatik – Dip/SM Sains Ukur dan Geomatik
UTM melalui Fakulti Geoinfomasi – Dip/SM Ukur Tanah
Politeknik melaui Jabatan Kejuretaan Awam – Sijil/Dip Ukur Tanah
KLIUC – nama kursus saya tidak pasti.

Tempoh pengajian adalah diatara 3 – 5 tahun untuk ketahap Sarjana Muda

Inilah serba sedikit pengalaman yang dapat saya kongsikan bersama pelawat blog PCS. Diharap ia dapat membantu pelawat. Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan saya atau meninggalkan pesanan pada blog ini.

Sekian,

Eddy Junaidy Bin Emran
1 Nov 2008 – Kakinada, India

Cendawan Telah Mula Dipasarkan

Assalamualaikum.

Syukur, PCS telah berjaya memasarkan cendawan keluarannya. Walaupun PSC masih bergelut tentang Farm nya di Segambut. Production tetap kami teruskan.

PCS ingin berkongsi dengan pelawat tentang label cendawan kami.



Label pek cendawan yang kami hasilkan seperti contoh diatas. Label ini saya reka semasa berada diatas kapal kira-kira pada bulan Julai. Masa yang terluang dikapal banyak di isi dengan membuat R&D tentang produk/perkhidmatan yang akan dihasil dan telah dihasil oleh PCS dan E&J Group. Saya berbesar hati jika ada pendapat dan pandangan untuk membaiki label produk PCS.

Sekian

Eddy Junaidy Bin Emran
1 Nov 2008 – Kakinada, India