Label Cendawan Keluaran PCS

Jadual Kursus

Borang Pendaftaran Kursus/Pertanyaan

Catalog 2011

Sunday, July 3, 2011

Kursus Benih UM & Test buat benih

Salam,

Pada 15 – 18 Jun yang lalu saya telah mengadiri Kursus Tisu Kultur Benih Cendawan anjuran Kak Non di UM. Walaupun terlewat sehari (sepatut join kursus pada 15hb, tp saya join pada 16hb) dengan bantuan dari Prof Noorlida, Prof Viki,  En Nizam dan Pn Shida dapat juga saya cover sesi yang tercicir pada 15hb. Ini semua gara-gara job delay semasa di Jakarta, Indonesia. Kerana semangat untuk menghadiri kursus tersebut, saya menaiki pesawat dari Jakarta pada 4.30 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB +7) ke Kuala Lumpur. Saya tiba di KLIA pada jam 8 pagi dan terus menghubungi Kak Non untuk bertanya dengan dialog berikut:-

Eddy: Assalamualaikum Kak Non.
Kak Non: Walaikum Salam, awak kat mana?
Eddy: Saya di KLIA. Baru sampai dari Jakarta. Boleh kah saya jadi ‘murid tercicir’ kursus benih?
Kak Non: eh boleh….
Eddy: Pukul berapa kelas mula?
Kak Non: Pukul 9 pagi
Eddy: kat mana tempat kursus.
Kak Non: Awak masuk UM. Cari Jabatan Kimia dan Biologi. Sampai situ awak call Kak Non.
Eddy: OK. Salam

Saya turun menaiki ERL ke KL Sentral. Sampai Di KL Sentral saya naik RAPID LRT ke stesen University dan menaiki Teksi Jabatan Kimia, UM. Didalam perjalanan, 2-3 kali Kak Non menghubungi bertanyakan status perjalanan. Akhirnya pada jam 9.30 saya tiba di Jabatan Kimia. Kak Non menjemput saya ke Lab kursus berlangsung dimana Prof Noorlida sedang mengajar.

Almaklum, bila jadi ‘murid tercicir’ maka blur ler jadiknya bila Prof buat penerangan mengenai ‘clamp connection / 1n & 2n’. Apabila waktu minum pagi, saya bekenalan dengan Prof Viki. Beliau bertanyakan tentang farm saya. Prof lebih berminat apabila mengetahui farm saya di Segambut kerana beliau ada menyimpan keratan akhbar 19 July 1999 yang memaparkan berita Dato’ Tajol Rosli bersama penanam cendawan di Segambut. Lebih specific lagi di Kg Benteng dimana saya mengusahakan cendawan sekarang.


Setelah melihat keratin akhbar tersebut, saya menerangkan pada Prof Viki tentang kewujudan rumah cendawan itu dan statusnya. Untuk pengetahuan, rumah cendawan ini dibuka pada tahun 1999 (masa ini saya tinggal di Asrama Sek Teknik Slim River) dan telah ditutup kira-kira 2 tahun kemudian atas sebab yang tidak diketahui. Sekarang tapak tersebut telah digunkan untuk dijadikan Sekolah.
 Kursus benih saya teruskan seperti yang dijadualkan. Cuma saya ditidak join lawatan ke ladang En Nabil, Nas Agro kerana mengikuti kelas intensif bersama En Nizam & Puan Shida di UM.
Pada hari terakhir, majlis penyampaian sijil telah di jalankan.
Terima kasih kepada Prof Viki, Prof Noorlida, En Nizam, Puan Shida, Pn Zainon dan lain2 yang telah memberi tunjuk ajar.
Di pendekkan cerita, kursus dah tamat, Ilmu dah ada… so time for action!!!!
Semasa kursus setiap peserta dibenarkan membawa balik peralatan dan benih yang digunakan semasa kukus. Semasa Kursus saya ada membuat 6 plate Potato Agar dan 6 plate Malt Agar. Sampai di rumah saya pun bersihkan Lumina Flow untuk proses transfer F1 to F2. (F2F)
Di atas ni peralatan yang saya guna untuk proses tersebut. Semasa final test sebelum buat F2F, gas penunu bansen saya telah habis. Maka terpaksa import dapor autoclave saya ke Lumina Flow.
Dibawah hasil plate patri yang telah melalui F2F
 

Menurut kata ‘sifu’ selepas process F2F. Plate perlu di monitor untuk mengetahui progress pertumbuhan mycelium. Dibawah, pertumbuhan mycelium yang saya biakkan.


Lebih kurang 1 minggu, pertumbuhan mycelium berada di peringkat untuk dipindah kan ke Koji. Cuma saya sedikit terkilan kerana pertumbuhan mycelium pada media PDA tidak sama seperti diatas media MEA.
Pada masa yang sama, saya telah merendam gandum dan menyediakan Koji
 
 
Setelah dicampurkan dengan ramuah ‘rahsia’. Koji di pack dalam plaktik seberat +/- 200g, Next step is nyah kuman dalam autoclave.
 

Selepas Koji sejuk. Pindahan dari mycelia ke Koji pun dijalankan.
Pada peringkat ini, saya sedang monitor pertumbuhan mycelium di atas koji. Updatenya akan saya post kan kemudian.

Kemudian mycelium pd koji akan dipindahkan kepada beg cendawan. Pertumbuhan cendawan akan menentukan kualiti benih yang saya biakkan.

Diharap bantuan dari rakan pengusaha cendawan yang lain dapat memberi input memandangkan saya masih baru dalam penghasilan benih cendawan.

Diharapkan juga ini akan memberi sumber ilmu dan pendapatan baru untuk PCS.

Sekian,
Eddy PCS

Wednesday, February 2, 2011

Kursus Asas Cendawan

Salam,
Pada 30 Januari 2011, PCS telah mengadakan kursus cendawan seperti yang di rencanakan.
Terima kasih kepada En Qamarul yang datang dari Kepala Batas, Penang kerana turun ke PCS untuk menghadiri kursus. Sekali lagi terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada PCS.
Bagi kursus seterusnya, sila rujuk jadual kursus diatas
Sekian,
Eddy PCS