Label Cendawan Keluaran PCS

Jadual Kursus

Borang Pendaftaran Kursus/Pertanyaan

Catalog 2011

Thursday, December 10, 2009

PCS dulu dan kini

Salam buat pelawat blog PCS

Ditengah2 bandaraya Kuala Lumpur yang sibuk ini ada satu perusahaan cendawan. Pernah saya berjumpa dengan seorang pelanggan, beliau tak sangka di Segambut ada pengusaha cendawan. Hahaha

Dalam diam2 rupaya PCS telah 2 tahun beroperasi. Tapi sebenarnya masih terlalu muda jika hendak dibezakan dengan pengusaha2 cendawan lain. Namun warga PCS tetap berbangga kerana dapat meneruskan peniagaan cendawan ini.


Ialah dah 2 tahun beroperasi pasti ada perubahan. Tak banyak sedikit pasti ada yang berubah. Di awal dahulu buat beg sendiri2 dan dibantu kawan2. Sekarang PCS mempunyai seorang pekerja sepenuh masa dan beberapa pekerja sambilan. Dahulu proses membegging dibuat secara manual. Telah hampir setahun proses tersebut dibantu dengan mesin.

Perkembangan2 positif ini memberi motivasi kepada warga PCS untuk terus berusaha meningkatkan produktiviti dan menambah bilangan pengeluaran harian cendawan.

Dibawah ada beberapa perubahan yang dapat saya rekodkan untuk dikongsi bersama. Ikutkan banyak lagi gambar2 yang ada tapi disebabkan PC saya dan hardisk saya dah rosak. Jadik banyak data dan gambar yang tidak dapat saya selamatkan. Yang ada ini jerlah yang dapat dikongsi dengan pelawat PCS



1. Rumah hasil PCS
a. Rumah hasil PCS (dulu). Seketul jer kat tengah2 kawasan. Pokok satu pun takde;maklumlah kawasan sekitar baru di'terang' oleh jentolak Penguasa

b. Rumah hasil sekarang (sisi kanan). Dah ada extension di sebelah kiri dan kanan-nya. Keliling kena pasang 'visor' untuk kurangkan tempias hujan

c. Rumah hasil sekarang (sisi kiri). Sudah ada signboard PCS kat tepi tu. Pokok-pokok pun dah banyak ditanam. Bapa saya yang tanam pokok2 kat situ.

2. Rak cendwan
Rak cendawan yang dulunya kosong dah di penuhi dengan bongkah dan akan terus penuh insyaallah.

3. Ruang peram beg
Dulu kena tumpang bilik hasil tuk peram beg (A). Sekarang dah ada rumah peram khas (B). Tak ada lah kena menumpang lagi.


Banyak lagi kemajuan yang telah berjaya dicapai cuma tak dapat saya paparkan. Mungkin dilain masa. Dengan kemajuan PCS dapat memberi keyakinan kepada pelanggan PCS untuk terus bersama-sama PCS. PCS sentiasa bersedia untuk bekerja sama dengan mana2 pihak yang ingin menceburi bidang cendawan.
Sekian,
Eddy PCS