Label Cendawan Keluaran PCS

Jadual Kursus

Borang Pendaftaran Kursus/Pertanyaan

Catalog 2011

Sunday, November 2, 2008

Perkongsian Pengalaman Sebagai Jurukur Tanah/Hidrografi.

Assalamualaikum,

Kali ini saya akan bercerita tentang perkara diluar topik CENDAWAN didalam blog PCS. Ini sebagai percambahan minda untuk kita kaum Melayu yang sangat saya sayangi. Ini kerana ramai antara kita yang masih belum mengetahui tentang tugas Jurukur Tanah/Hidrografi. Kita hanya terdedah kepada jawatan seperti Jurutera. Justeru menjadi tanggungjawab saya menyampaikan ilmu yang saya ada. Diharap dapat membantu rakan pelawat sekelian

Hasrat ini timbul apabila baru-baru ini saya telah ke Pej. Tanah WPKL untuk menguruskan permohonan tanah untuk Ladang PSC terletak di Segambut. Saya ke sana pada hari Jumaat setelah selesai solat. Terima kasih kepada Pegawai yang saya temui. Perhatian Puan amat saya hargai.

Ceritanya bermula apabila Puan tersebut bertanya adakah saya berkerja pada hari Jumaat. Saya menjawab tidak, tetapi menjawab saya akan berkerja keesokanya hari Sabtu. Puan tersebut kehairanan kerana pada hari kebanyakkan orang lain bekerja saya cuti dan sebaliknya. Kebetulan keesokanya (Sabtu) saya akan terbang ke India untuk meneruskan kontrak saya dengan Kontraktor pemasang paip gas & minyak disana. Lalu Puan tersebut bertanya apakah perkerjaan saya. Lalu saya menerangkan tentang nature pekerjaan saya. Puan itu penuh minat mendengar cerita saya. Rupanya pada masa yang sama Puan tersebut sedang mencari kursus yang sesuai untuk anak beliau meneruskan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Berikut antara cerita yang telah saya sampaikan. Saya bertugas sebagai Jurukur Tanah/Hidrografi. Pejabat saya di atas laut / kapal (Gambar)
Saya bersama rakan Jurutera Ukur. Kami berasal dari Malaysia. Gambar diambil semasa berada di North Sea, UK
Tanggungjawab Jurukur di kapal adalah memastikan kapal, paip dan struktur lain dipasang berada di tempat yang telah ditetapkan. Disamping itu Jurukur juga bertindak sebagai penasihat kepada Jurumudi kapal dalam hal halangan (hazardous structur) samada yang timbul diatas permukaan air (cth Platform, tongkong, dll) atau di dasar laut (cth paip minyak/gas lain, kekunci telaga minyak, valve dll) .
Contoh hazardous structur yang terdapat di laut
Oleh kerana saya berkerja dilaut + di luar negara. Sudah tentu tidak dapat pulang ke rumah setiap hari seperti perkerja yang lain yang berkerja di pejabat. Jadual kerja saya adalah berada dilaut selama 5 minggu dan bercuti 5 minggu. Ini bermakna dalam setahun saya bekerja 180 hari dan cuti 180hari. Figure yang menarik, tetapi percayalah bukan semua orang mampu menempuh nature of works yang saya jalani. Saya ada menghadiri confrence yang membincangkan isu yang berkaitan dengan aktiviti petrolium. Kami orang-orang yang berkerja dilaut di kelaskan sebagai special species. Ini kerana tidak ramai yang sanggup hidup mereka berjauhan dari keluarga dan rakan seperti kami lalui.

Dari segi pendapatan, tidak dapat dinafikan kami memperoleh pendapatan yang lumayan. Sebagai contoh dua orang fresh graduate yang keluar dari universiti pada masa yang sama. Seorang bekerja di pejabat dan seorang bekerja di laut. Pendapatan fresh graduate yang berkerja dilaut 3-4 kali ganda tinggi dari gaji fresh graduate yang bekerja di darat. Disini ada pro dan kontranya. Yang bekerja di darat memperoleh gaji yang kurang tetapi memperoleh kebebasan, masa bersama keluarga/rakan dan masa berhibur yang banyak. Sedangkan yang bekerja di laut tidak dapat nikmat tersebut. Masa kami bersama keluarga adalah ketika cuti.

Dari segi peluang pekerjaan pula, Jurukur Hirografi boleh bekerja dengan syarikat minyak seperti PETRONAS, SHELL, EXXON-MOBIL. Atau bekerja dengan kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan di laut. Syukur dunia globalisasi membuka peluang yang lebih luas kepada kami menerobos pasaran antarabangsa. Kini kami tidak terikat dengan pasaran tempatan malah boleh bekerja dengan syarikat antarabangsa. Bak pepatah Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalanya. Cuma saya meminta maaf kepada Pak Lah kerana menongkah arus saranan beliau yang mana berkehendakkan profesional warga Malaysia (modal insan) pulang berkhidmat di tanah air. Maaf Pak Lah.

Hampir terlupa. Di Malaysia hanya beberapa Instititusi pengajian yang menawarkan kursus untuk menjadi Jurukur. Antaranya:
UiTM melalui Jab. Sains Ukur & Geomatik – Dip/SM Sains Ukur dan Geomatik
UTM melalui Fakulti Geoinfomasi – Dip/SM Ukur Tanah
Politeknik melaui Jabatan Kejuretaan Awam – Sijil/Dip Ukur Tanah
KLIUC – nama kursus saya tidak pasti.

Tempoh pengajian adalah diatara 3 – 5 tahun untuk ketahap Sarjana Muda

Inilah serba sedikit pengalaman yang dapat saya kongsikan bersama pelawat blog PCS. Diharap ia dapat membantu pelawat. Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan saya atau meninggalkan pesanan pada blog ini.

Sekian,

Eddy Junaidy Bin Emran
1 Nov 2008 – Kakinada, India

13 comments:

shaharil said...

sy last sem student diploma sains ukur dan geomatik dr uitm, sy ingin bertanya bagaimana hendak memohon kerja dlm bidang hydrography setelah tamat pengajian nanti?

NIZAM said...

sy minat sgt ngn apa yg encik tulis.
best la.
sebnarnya sy pun dak uitm gak.
dh abis dip in geomatics sc.
skang smbung degree.
tp xtau pn nk masuk bidg ape.
cdg nk keje pejbt.
sbb xsuke bepanas.(xbp mint ngn cadas sbnarnye).
hehe.
ni emel sy.
emel la sy ye.
niezam86@gmail.com.
pls sgt2.
sy mint sgt nk tau psl hidro ni.

Anonymous said...

HEHEHEHE ...EDDY , WAH LAMANYA X JUMPA. ? BILA NAK KAWIN. PER CER SKANG

nirzaanputra said...

Salam, saya sudah lama tertarik untuk bekerja dilaut sebagai jurukur hidro. Satu soalan saya, bagaimana ingin memohon.

Anonymous said...

assalam...sy nk tny, ap pndapat abg eddy tentang pluang pekerjaan 4bidang hidro?dan 1 lg, bagaimana abg eddy memasuki bidang ini?sy sdang wat degree sains ukur n geomatic di uitm shah alam, sy amat berminat dalam bidang hidro..email:caen_shah@yahoo.com.my

muhamad azmeer said...

bunyi lebih kepada menimba pengalaman yg skr dicari,
mnarik gler,
saya bdk kejuruteraan awam, bru jer smbung degree, ader pluang ker utk saya nnti?

nirzaanputra said...

saya ingin bertanya, bagaimana ingin memohon sebagai jurukur hidro. Boleh tak listkan beberapa syarikat yang melayakkan saya untuk memohon bekerja dalam sektor tersebut.

Unknown said...

sy merupakan bekas pelajar sains geomatik arau dan skrg bekerja dgn ayah sy..dia sorg ls..tp sy lbih brminat ke arah bidang hidro brbnding cadas n engneering yg sy wat skrg..bgaimana cara utk sy ceburi bidang ini..trima ksih abg Eddy Junaidy Emran

Anonymous said...

Saya ex navy dalam pengkhususan Hydrografi/Cartography sedang mencari kerja slps tamat perkhidmatan dgn RMN.
Klu ada mn2 kerja kosong yg berkaitan sila hubungi saya: 013-381 5788 atau email navsav76@gmail.com
TQ
Shafiee

Anonymous said...

sy terjumpa blog ni masa tgh cari maklumat hidrografi utk fyp sy.bleh x abg bantu saya.klu abg eddy sudi bantu sy boleh hubungi sy 0194062537 / vat6967@gmail.com
terima kasih ats perkongsian

Unknown said...

Sy sdang mncari apa itu hidrografi. alhamdulillah dh jumpa.. Tpi sy masih blur2 la abg eddy. Boleh x tlong saya? . Sy sdng amik degree in geomatic. Klau abg boleh tlong sy nati abg ws eh 01132953180.

Unknown said...

Sy sdang mncari apa itu hidrografi. alhamdulillah dh jumpa.. Tpi sy masih blur2 la abg eddy. Boleh x tlong saya? . Sy sdng amik degree in geomatic. Klau abg boleh tlong sy nati abg ws eh 01132953180.

Unknown said...

Ade x peluang pekerjaan skrg..suami sy jg seorg hidrografi tp sdh beberapa bln menganggur.. sbb job skrg slow.. if ade job leh contact suami sy normazlin85@gmail.com