Label Cendawan Keluaran PCS

Jadual Kursus

Borang Pendaftaran Kursus/Pertanyaan

Catalog 2011

Saturday, May 17, 2008

EJAF mula menyediakan beg media sendiri

Ini adalah hari yang agak sibuk bagi saya. Dimulakan dengan ke kedai barang lusuh untuk membeli tong drum untuk dibuat pengukus beg media. Harga besi yang tinggi mempengaruh harga tong drum. Setelah ditimbang tong drum yang saya pilih beratnya 25kg. Pekedai tersebut menjual kepada saya dengan harga RM50. Tidak banyak pilihan yang dapat dibuat. Jadi saya pun bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Kemudian tong tersebut dibawa ke EJAF Center untuk menyediakan tungku pengukus. Tungku pengukus siap saya pun berehat untuk sembahyang Jumaat
Setelah selesai Sembahyang Jumaat kerja disambung semula. Saya bertolak ke Cendawan Puchong bersama-sama ibu bapa saya untuk mengambil barang mentah yang telah ditempah. Tujuan membawa ibu bapa saya adalah untuk memberi gambaran yang lebih luas tentang projek yang sedang saya usahakan. Alhamdulillah nampaknya mereka lebih memahami apa yang sedang saya perjuangkan dalam bisnes cendawan ini. Barang yang ditempah di bawa ke EJAF Center.

Sponge untuk top dan EM

Bahan-bahan mentah
Malam menjelma, tetapi kerja masih perlu diteruskan. Dengan bantuan Katik, A-Pen dan Leman kami mula menyediakan bahan media dan menggaulnya. Selesai mengaul bahan, kerja memasukan bahan ke dalam plastik. Kerja ini berlarutan sehingga pukul 12 tgh malam. Kerja terpaksa ditangguhkan kerana rakan-rakan saya perlu rehat untuk berkerja ke-esokan harinya.
Katik, A-pen dan saya sedang menggaul habuk kayu
Katik, A-pen dan Leman sedang memasukan bahan media kedalam plastik

Setelah selesai mengemas lebihan bahan media. Kami bersurai dan kami balik ke rumah

1 comments:

Pencinta Harakah Islam said...

Syabas dan tahniah usaha yang anda lakukan, harap dapat kongsi ilmu, saya berminat untuk belajar teknik-teknik yang terbaik untuk jadi usahawan cendawan, harap dapat bantu.