Label Cendawan Keluaran PCS

Jadual Kursus

Borang Pendaftaran Kursus/Pertanyaan

Catalog 2011

Wednesday, May 28, 2008

Dua bulan lagi

Bercakap tentang 2 bulan lagi, banyak yang perkara yang terlibat sebenarnya. Antaranya pertama adalah 2 bulan lagi masa yang diperlukan untuk 1st batch beg cendawan ini akan mengeluarkan hasil. Insyallah. Yang keduanya dalam tempoh 2 bulan juga EJAF/Pusat Cendawan Segambut akan memulakan fasa kedua penghasilan beg cendawan secara komersial. Yang ketiga nya saya hanya akan berada di Malaysia, Negara tercinta dalam masa 2 bulan lagi. Saya cuba menerangkan cerita ‘2 bulan lagi’ secara am.

1st Batch Beg Cendawan Ini Akan Mengeluarkan Hasil. Insyallah
Buat beg sudah, mengukus pun sudah. Langkah seterusnya adalah menyuntik benih dan memeram beg. Semua beg telah ‘disuntik’ seperti yang dinasihatkan. Semua beg disusun diatas rak yang telah saya buat sendiri. Seperti yang telah saya nyatakan dalam artikel lepas. Saya telah modified 2 almari pakaian yang dah tidak digunakan. Tuan2 boleh lihat pada gambar yang saya sertakan disini. 2 rak almari ini tidak cukup menampung 300 beg cendawan. Saya ada rak tambahan untuk tujuan ini.

Penghasilan Beg Cendawan Secara Komersial
Saya telah menyiapkan perancangan untuk menghasilkan beg cendawan secara komersial dalam masa dua bulan lagi. Yang mana penghasilan beg ini adalah untuk tujuan jualan kepada pegusaha-pengusaha yang mempunyai masalah didalam mendapatkan beg cendawan. Perancangan ini melibatkan modal yang agak besar. Macamanapun jalanya sudah ada. Jadi saya minta agar sahabat2 semua sama2 berdoa agar cita-cita saya akan tercapai kelak. Insyallah. Nantikan Berita Terkini dari Pusat Cendawan Segambut sedikit masa lagi.

Kembali Ke Malaysia 2 Bulan Lagi
Dalam kesibukan menjalankan perniagaan cendawan, saya terlupa yang saya ini masih ‘diperlukan’ oleh satu kontraktor pembagun industri minyak dan gas dari Belanda untuk menjalankan kerja2 mereka. Ketika menulis artikel ini saya sedang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Ghandi , Hydrabad, India. Seterusnya saya akan ke Visakhapatnam, Andra Pradesh yang terletak di bahagian Pantai Timur India. Kemudianya destinasi terakhir saya adalah kapal M.V Lorelay yang sedang melakukan kerja memasangan paip gas di Teluk Benggala. Saya akan bertugas disana kira2 35hari dan pulang ke Malaysia.

Beginilah tugas sebagai jurukur di laut. Pengalaman yang ada membuatkan pasaran mencari ‘org’ untuk berkerja. Pendapatan juga agak lumayan kerana dipengaruhi harga minyak yang tidak menentu kini. Alhamdulillah ini rezeki berkat kesabaran saya mengharung 5 ½ tahun cabaran menuntut ilmu dan menjawab sinis jiran tentang kerjaya jurukur tanah yang saya ceburi.

Itulah coretan saya tentang ‘2 bulan lagi’. Tanggung jawab mengurus bangsal cendawan telah saya berikan kepada Bapa saya. Inyallah beliau akan menjaganya dengan baik di samping bantuan yang kan diberikan dari rakan2 saya.

Sekian
Eddy
Hydrabad, India

0 comments: