Label Cendawan Keluaran PCS

Jadual Kursus

Borang Pendaftaran Kursus/Pertanyaan

Catalog 2011

Tuesday, September 15, 2009

Beg Cendawan Bertukar Tangan

Assalamualaikum,

Agak lama menyepi dari update blog saya. PCS semakin sibuk dengan tempahan beg cendawan dari pelanggan yang perlu disiapkan. Syukur Ramadhan tahun ini memberi rezeki lebih kepada PCS.

Dalam dua minggu lepas, PCS telah menyiapkan dan delivery beg yang ditempah oleh En Ir. Syafie dan En Azizi dari Batu 8, Gombak. Beliau telah diperkenal oleh rakan pengusaha cendawan dari Melaka. Terima kasih saya ucapkan kepada pengusaha tersebut.

En Ir. Syafie dan En Aziz telah membeli hampir 1000 beg cendawan yang berusia 1-2 minggu, separuh matang dan matang. Khabarnya mereka membuat tanaman cendawan yang di integerasikan dengan ternakan ikan keli. Menurut En Ir. Syafie proses penghasilan cendawan amat baik sekali dengan kaedah tersebut. Insyallah saya akan ke tempat beliau untuk melawat sedikit masa lagi.

En Ir. Syafie juga telah membuat pesanan baru 1000beg cendawan yang akan diterima selepas Aidilfitri, Insyallah

Dibawah berapa gambar yang dapat saya rakamkan semasa proses delivery beg cendawan kepada En Ir Syafie.

Beg cendawan ready untuk penghantaran

Beg Cendawan dah masuk dalam van.
Ready for delivery!!!!!


Terima kasih kepada En Syafie dan En Azizi kerana memberi kepercayaan kepada PCS untuk meyediakan beg cendawan mereka. Terima kasih!!!!

Sekian,
Eddy

0 comments: