Label Cendawan Keluaran PCS

Jadual Kursus

Borang Pendaftaran Kursus/Pertanyaan

Catalog 2011

Thursday, December 10, 2009

PCS dulu dan kini

Salam buat pelawat blog PCS

Ditengah2 bandaraya Kuala Lumpur yang sibuk ini ada satu perusahaan cendawan. Pernah saya berjumpa dengan seorang pelanggan, beliau tak sangka di Segambut ada pengusaha cendawan. Hahaha

Dalam diam2 rupaya PCS telah 2 tahun beroperasi. Tapi sebenarnya masih terlalu muda jika hendak dibezakan dengan pengusaha2 cendawan lain. Namun warga PCS tetap berbangga kerana dapat meneruskan peniagaan cendawan ini.


Ialah dah 2 tahun beroperasi pasti ada perubahan. Tak banyak sedikit pasti ada yang berubah. Di awal dahulu buat beg sendiri2 dan dibantu kawan2. Sekarang PCS mempunyai seorang pekerja sepenuh masa dan beberapa pekerja sambilan. Dahulu proses membegging dibuat secara manual. Telah hampir setahun proses tersebut dibantu dengan mesin.

Perkembangan2 positif ini memberi motivasi kepada warga PCS untuk terus berusaha meningkatkan produktiviti dan menambah bilangan pengeluaran harian cendawan.

Dibawah ada beberapa perubahan yang dapat saya rekodkan untuk dikongsi bersama. Ikutkan banyak lagi gambar2 yang ada tapi disebabkan PC saya dan hardisk saya dah rosak. Jadik banyak data dan gambar yang tidak dapat saya selamatkan. Yang ada ini jerlah yang dapat dikongsi dengan pelawat PCS



1. Rumah hasil PCS
a. Rumah hasil PCS (dulu). Seketul jer kat tengah2 kawasan. Pokok satu pun takde;maklumlah kawasan sekitar baru di'terang' oleh jentolak Penguasa

b. Rumah hasil sekarang (sisi kanan). Dah ada extension di sebelah kiri dan kanan-nya. Keliling kena pasang 'visor' untuk kurangkan tempias hujan

c. Rumah hasil sekarang (sisi kiri). Sudah ada signboard PCS kat tepi tu. Pokok-pokok pun dah banyak ditanam. Bapa saya yang tanam pokok2 kat situ.

2. Rak cendwan
Rak cendawan yang dulunya kosong dah di penuhi dengan bongkah dan akan terus penuh insyaallah.

3. Ruang peram beg
Dulu kena tumpang bilik hasil tuk peram beg (A). Sekarang dah ada rumah peram khas (B). Tak ada lah kena menumpang lagi.


Banyak lagi kemajuan yang telah berjaya dicapai cuma tak dapat saya paparkan. Mungkin dilain masa. Dengan kemajuan PCS dapat memberi keyakinan kepada pelanggan PCS untuk terus bersama-sama PCS. PCS sentiasa bersedia untuk bekerja sama dengan mana2 pihak yang ingin menceburi bidang cendawan.
Sekian,
Eddy PCS

Thursday, November 19, 2009

Kawin Sudah... Sekarang Kerja - Kerja - Kerja

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, perancangan saya untuk mendirikan rumahtangga telah selesai. Saya telah selamat di Ijab - Kabul kan pada 10 Oct yang lalu sama dengan hari ulang tahun kelahiran isteri yang tercinta. Jadi bermulalah episod baru hidup berkeluarga.... Di bawah ada beberapa gambar untuk di kongsi dengan tetamu PCS. Gambar2 lain ada di http//:eddyjun1083.blogspot.com




Kawin sudah.... jadi kerja pun kena lebih kuat... dulu sorang ; tak balik makan pun ok.... sekarang tak leh... nafkah untuk isteri perlu disediakan.... jadi KERJA - KERJA - KERJA ler jawabnye...

Alhamdulillah pada 14 Nov yang lalu.... 700 beg cendawan matang telah bertukar tangan. Pelanggan terbaru kami dari Kg Nakhoda, Selayang. En Iqbal namanya. Warga PCS mengucapkan jutaan terima kasih pada beliau atas sokongan yang diberikan.

Sekian,
Eddy PCS

Sunday, October 4, 2009

Walimatul Urus

Assalamualaikum W.T.B

Dengan Lapang Dada Saya Menjemput Dato’/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari Ke Majlis Perkahwinan Saya

Pada

Ahad, 25 Oktober 2009 Bersamaan 6 Zulkaedah 1430H

Di

Blok E, PPR Batu Muda, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Dengan Kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari Akan Menyerikan Lagi Majlis Kami Serta Diberkati Allah S.W.T

Insyaallah

Kad Jemputan untuk di muat turun


Page 1


Page 2
Sekian,

Eddy PCS

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Saya dan seluruh warga PCS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua yang menyambutnya khasnya kepada Pelanggan Pusat Cendawan Segambut, pelawat blog dan rakan-rakan pengusaha cendawan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin

Eddy Junaidy Emran

Pusat Cendawan Segambut

Tuesday, September 15, 2009

Promosi Hari Raya!!!! Bakul 2nd hand RM3

Assalamualaikum,

Dalam kesibukan bulan Ramadhan ini saya telah didatangi oleh penjual bakul terpakai. Umpama 'Pucuk di cita, Ulam mendatang' . Saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Agak lama juga saya mencari bakul jenis ini. Tetapi harga yang ditawarkan agak mahal. Justeru dengan adanya penjual bakul terpakai ini saya memperoleh dengan harga yang lebih murah. Bakul ini juga dapat memudahkan saya membuat kerja-kerja 'house keeping' di PCS

Dibawah ada beberapa gambar sebagai sample.


Saya ingin membuat tawaran kepada rakan pengusaha cendawan yang berminat untuk membuat tempahan. Harga yang ditawarkan adalah RM3 per bakul. Kalu ambil banyak boleh diskaun lagi.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya di talian 012-6341981

Salam,

Eddy

Beg Cendawan Bertukar Tangan

Assalamualaikum,

Agak lama menyepi dari update blog saya. PCS semakin sibuk dengan tempahan beg cendawan dari pelanggan yang perlu disiapkan. Syukur Ramadhan tahun ini memberi rezeki lebih kepada PCS.

Dalam dua minggu lepas, PCS telah menyiapkan dan delivery beg yang ditempah oleh En Ir. Syafie dan En Azizi dari Batu 8, Gombak. Beliau telah diperkenal oleh rakan pengusaha cendawan dari Melaka. Terima kasih saya ucapkan kepada pengusaha tersebut.

En Ir. Syafie dan En Aziz telah membeli hampir 1000 beg cendawan yang berusia 1-2 minggu, separuh matang dan matang. Khabarnya mereka membuat tanaman cendawan yang di integerasikan dengan ternakan ikan keli. Menurut En Ir. Syafie proses penghasilan cendawan amat baik sekali dengan kaedah tersebut. Insyallah saya akan ke tempat beliau untuk melawat sedikit masa lagi.

En Ir. Syafie juga telah membuat pesanan baru 1000beg cendawan yang akan diterima selepas Aidilfitri, Insyallah

Dibawah berapa gambar yang dapat saya rakamkan semasa proses delivery beg cendawan kepada En Ir Syafie.

Beg cendawan ready untuk penghantaran

Beg Cendawan dah masuk dalam van.
Ready for delivery!!!!!


Terima kasih kepada En Syafie dan En Azizi kerana memberi kepercayaan kepada PCS untuk meyediakan beg cendawan mereka. Terima kasih!!!!

Sekian,
Eddy

Monday, June 29, 2009

Beg Cendawan Matang Untuk Dijual!!!!

Assalamualaikum....

Telah 2 bulan proses pembinaan semula PCS berlalu. Beg2 cendawan yang dihasilkan juga telah memutih sebahagiaan dan keseluruhan. Kat bawah nih ada beberapa gambar
Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan PCS untuk pembelian. PCS juga sentiasa bersedia untuk menerima tempahan dari pelanggan.

Friday, May 1, 2009

Rumah Cendawan Baru & Mesin Begging

Assalamualaikum

Syukur, PCS dapat meneruskan perniagaan. Kini PCS sedang sibuk dengan kerja membesarkan PCS. Kira-kira sebulan yang lalu PCS telah mengambil keputusan untuk membina rumah cendawan yang baru. Sedikit kelainan kami bawa dengan mengunakan CANOPY!!!!. Saiz 20x20 kaki. Ni gambar dia.

Monitoring suhu telah kami buat. Tak lah sepanas yang kami jangkakan. Masih sesuai untuk menjadi rumah cendawan. Kepada sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan dengan PCS. Harga sekitar RM10k termasuk rak besi mengikut harga semasa besi. Untuk PCS kami masih guna rak kayu kerana stok kayu kami masih banyak

Rak pun telah siap dipasang. Dua pekerja kami bertungkus lumus menyiapkan rak tu. Rumah cendawan baru ini boleh memuatkan kira2 5k botol cendawan. Sekarang kami berusaha untuk memenuhkan rak dengan beg2 cendawan disamping menyiapkan tempahan beg dari pelanggan.

Di masa ini, PCS sedang menggaji 2 pekerja. Kelebihan kepada kami kerana pekerja tersebut serba-boleh. Dari membancuh simen, bertukang, membuat beg dan lain2 dilakukan oleh mereka berdua. Syukur.


Walaupun ada 2 pekerja, production masih sedikit dan mengambil masa yang sgt panjang untuk membuat beg. Mereka hanya boleh menggaul 100kg habuk setiap hari. Jadi PCS mengambil keputusan untuk membeli mesin begging dari Pak Syed, Cendawan Sg Udang. Delivery telah dibuat, dan pekerja kami telah menggunakan mesin tersebut.

Hasilnya pengeluaran berjaya ditingkatkan 2 kali ganda. PCS percaya pengeluaran akan terus meningkan dari masa ke semasa. Tengok lah tu seorang pekerja saya sedang mengisi beg cendawan. Tekun dan teliti !!!!!
Dengan ada pekerja dan mesin ini PCS bersedia menerima tempahan rumah cendawan, beg cendawan dan lain perkhidmatan. Kepada sesiapa yang berkelapangan tuan/puan dijemput untuk melawat PCS. Kepada yang mempunyai GPS, sila rujuk kedudukan PCS seperti di bahagian Pelan Lokasi (farm).
Sekian, Wassalam
Eddy Junaidy
Kuala Lumpur

Tuesday, March 3, 2009

Dedak Seguni (70Kg) Berharga RM65

Salam,
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan dedak boleh menghubungi PCS.
Harga RM65 seguni. Berat +/- 70kg.

Eddy PCS

Wednesday, February 4, 2009

BERITA TERGEMPAR!!!!!!

Nantikannya sedikit masa lagi