Label Cendawan Keluaran PCS

Jadual Kursus

Borang Pendaftaran Kursus/Pertanyaan

Catalog 2011

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Saya dan seluruh warga PCS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua yang menyambutnya khasnya kepada Pelanggan Pusat Cendawan Segambut, pelawat blog dan rakan-rakan pengusaha cendawan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin

Eddy Junaidy Emran

Pusat Cendawan Segambut

Tuesday, September 15, 2009

Promosi Hari Raya!!!! Bakul 2nd hand RM3

Assalamualaikum,

Dalam kesibukan bulan Ramadhan ini saya telah didatangi oleh penjual bakul terpakai. Umpama 'Pucuk di cita, Ulam mendatang' . Saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Agak lama juga saya mencari bakul jenis ini. Tetapi harga yang ditawarkan agak mahal. Justeru dengan adanya penjual bakul terpakai ini saya memperoleh dengan harga yang lebih murah. Bakul ini juga dapat memudahkan saya membuat kerja-kerja 'house keeping' di PCS

Dibawah ada beberapa gambar sebagai sample.


Saya ingin membuat tawaran kepada rakan pengusaha cendawan yang berminat untuk membuat tempahan. Harga yang ditawarkan adalah RM3 per bakul. Kalu ambil banyak boleh diskaun lagi.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya di talian 012-6341981

Salam,

Eddy

Beg Cendawan Bertukar Tangan

Assalamualaikum,

Agak lama menyepi dari update blog saya. PCS semakin sibuk dengan tempahan beg cendawan dari pelanggan yang perlu disiapkan. Syukur Ramadhan tahun ini memberi rezeki lebih kepada PCS.

Dalam dua minggu lepas, PCS telah menyiapkan dan delivery beg yang ditempah oleh En Ir. Syafie dan En Azizi dari Batu 8, Gombak. Beliau telah diperkenal oleh rakan pengusaha cendawan dari Melaka. Terima kasih saya ucapkan kepada pengusaha tersebut.

En Ir. Syafie dan En Aziz telah membeli hampir 1000 beg cendawan yang berusia 1-2 minggu, separuh matang dan matang. Khabarnya mereka membuat tanaman cendawan yang di integerasikan dengan ternakan ikan keli. Menurut En Ir. Syafie proses penghasilan cendawan amat baik sekali dengan kaedah tersebut. Insyallah saya akan ke tempat beliau untuk melawat sedikit masa lagi.

En Ir. Syafie juga telah membuat pesanan baru 1000beg cendawan yang akan diterima selepas Aidilfitri, Insyallah

Dibawah berapa gambar yang dapat saya rakamkan semasa proses delivery beg cendawan kepada En Ir Syafie.

Beg cendawan ready untuk penghantaran

Beg Cendawan dah masuk dalam van.
Ready for delivery!!!!!


Terima kasih kepada En Syafie dan En Azizi kerana memberi kepercayaan kepada PCS untuk meyediakan beg cendawan mereka. Terima kasih!!!!

Sekian,
Eddy