Label Cendawan Keluaran PCS

Jadual Kursus

Borang Pendaftaran Kursus/Pertanyaan

Catalog 2011

Tuesday, November 4, 2008

Ruang 'Dimana Saya'

Assalamualaikum.

Harap maaf kepada pelawat/pelanggan PCS yang cuba menghubungi saya tetapi gagal. Ini mungkin disebabkan saya berada di luar kawasan liputan telefon. Maaf sekali lagi.

Dengan itu saya menambah ruang 'Dimana Saya' untuk mewar-warkan kepada pelawat tentang dimana saya berada.

Walaubagaimanapun saya masih boleh dihubungi melalui e-mail atau meninggalkan pesanan di blog PCS. e-mail PCS adalah enjagrofarm@yahoo.com atau pun menghubungi wakil PCS di talian yang terdapat di ruang 'Hubungi Kami'

Sekian.

Sunday, November 2, 2008

Perkongsian Pengalaman Sebagai Jurukur Tanah/Hidrografi.

Assalamualaikum,

Kali ini saya akan bercerita tentang perkara diluar topik CENDAWAN didalam blog PCS. Ini sebagai percambahan minda untuk kita kaum Melayu yang sangat saya sayangi. Ini kerana ramai antara kita yang masih belum mengetahui tentang tugas Jurukur Tanah/Hidrografi. Kita hanya terdedah kepada jawatan seperti Jurutera. Justeru menjadi tanggungjawab saya menyampaikan ilmu yang saya ada. Diharap dapat membantu rakan pelawat sekelian

Hasrat ini timbul apabila baru-baru ini saya telah ke Pej. Tanah WPKL untuk menguruskan permohonan tanah untuk Ladang PSC terletak di Segambut. Saya ke sana pada hari Jumaat setelah selesai solat. Terima kasih kepada Pegawai yang saya temui. Perhatian Puan amat saya hargai.

Ceritanya bermula apabila Puan tersebut bertanya adakah saya berkerja pada hari Jumaat. Saya menjawab tidak, tetapi menjawab saya akan berkerja keesokanya hari Sabtu. Puan tersebut kehairanan kerana pada hari kebanyakkan orang lain bekerja saya cuti dan sebaliknya. Kebetulan keesokanya (Sabtu) saya akan terbang ke India untuk meneruskan kontrak saya dengan Kontraktor pemasang paip gas & minyak disana. Lalu Puan tersebut bertanya apakah perkerjaan saya. Lalu saya menerangkan tentang nature pekerjaan saya. Puan itu penuh minat mendengar cerita saya. Rupanya pada masa yang sama Puan tersebut sedang mencari kursus yang sesuai untuk anak beliau meneruskan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Berikut antara cerita yang telah saya sampaikan. Saya bertugas sebagai Jurukur Tanah/Hidrografi. Pejabat saya di atas laut / kapal (Gambar)
Saya bersama rakan Jurutera Ukur. Kami berasal dari Malaysia. Gambar diambil semasa berada di North Sea, UK
Tanggungjawab Jurukur di kapal adalah memastikan kapal, paip dan struktur lain dipasang berada di tempat yang telah ditetapkan. Disamping itu Jurukur juga bertindak sebagai penasihat kepada Jurumudi kapal dalam hal halangan (hazardous structur) samada yang timbul diatas permukaan air (cth Platform, tongkong, dll) atau di dasar laut (cth paip minyak/gas lain, kekunci telaga minyak, valve dll) .
Contoh hazardous structur yang terdapat di laut
Oleh kerana saya berkerja dilaut + di luar negara. Sudah tentu tidak dapat pulang ke rumah setiap hari seperti perkerja yang lain yang berkerja di pejabat. Jadual kerja saya adalah berada dilaut selama 5 minggu dan bercuti 5 minggu. Ini bermakna dalam setahun saya bekerja 180 hari dan cuti 180hari. Figure yang menarik, tetapi percayalah bukan semua orang mampu menempuh nature of works yang saya jalani. Saya ada menghadiri confrence yang membincangkan isu yang berkaitan dengan aktiviti petrolium. Kami orang-orang yang berkerja dilaut di kelaskan sebagai special species. Ini kerana tidak ramai yang sanggup hidup mereka berjauhan dari keluarga dan rakan seperti kami lalui.

Dari segi pendapatan, tidak dapat dinafikan kami memperoleh pendapatan yang lumayan. Sebagai contoh dua orang fresh graduate yang keluar dari universiti pada masa yang sama. Seorang bekerja di pejabat dan seorang bekerja di laut. Pendapatan fresh graduate yang berkerja dilaut 3-4 kali ganda tinggi dari gaji fresh graduate yang bekerja di darat. Disini ada pro dan kontranya. Yang bekerja di darat memperoleh gaji yang kurang tetapi memperoleh kebebasan, masa bersama keluarga/rakan dan masa berhibur yang banyak. Sedangkan yang bekerja di laut tidak dapat nikmat tersebut. Masa kami bersama keluarga adalah ketika cuti.

Dari segi peluang pekerjaan pula, Jurukur Hirografi boleh bekerja dengan syarikat minyak seperti PETRONAS, SHELL, EXXON-MOBIL. Atau bekerja dengan kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan di laut. Syukur dunia globalisasi membuka peluang yang lebih luas kepada kami menerobos pasaran antarabangsa. Kini kami tidak terikat dengan pasaran tempatan malah boleh bekerja dengan syarikat antarabangsa. Bak pepatah Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalanya. Cuma saya meminta maaf kepada Pak Lah kerana menongkah arus saranan beliau yang mana berkehendakkan profesional warga Malaysia (modal insan) pulang berkhidmat di tanah air. Maaf Pak Lah.

Hampir terlupa. Di Malaysia hanya beberapa Instititusi pengajian yang menawarkan kursus untuk menjadi Jurukur. Antaranya:
UiTM melalui Jab. Sains Ukur & Geomatik – Dip/SM Sains Ukur dan Geomatik
UTM melalui Fakulti Geoinfomasi – Dip/SM Ukur Tanah
Politeknik melaui Jabatan Kejuretaan Awam – Sijil/Dip Ukur Tanah
KLIUC – nama kursus saya tidak pasti.

Tempoh pengajian adalah diatara 3 – 5 tahun untuk ketahap Sarjana Muda

Inilah serba sedikit pengalaman yang dapat saya kongsikan bersama pelawat blog PCS. Diharap ia dapat membantu pelawat. Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan saya atau meninggalkan pesanan pada blog ini.

Sekian,

Eddy Junaidy Bin Emran
1 Nov 2008 – Kakinada, India

Cendawan Telah Mula Dipasarkan

Assalamualaikum.

Syukur, PCS telah berjaya memasarkan cendawan keluarannya. Walaupun PSC masih bergelut tentang Farm nya di Segambut. Production tetap kami teruskan.

PCS ingin berkongsi dengan pelawat tentang label cendawan kami.



Label pek cendawan yang kami hasilkan seperti contoh diatas. Label ini saya reka semasa berada diatas kapal kira-kira pada bulan Julai. Masa yang terluang dikapal banyak di isi dengan membuat R&D tentang produk/perkhidmatan yang akan dihasil dan telah dihasil oleh PCS dan E&J Group. Saya berbesar hati jika ada pendapat dan pandangan untuk membaiki label produk PCS.

Sekian

Eddy Junaidy Bin Emran
1 Nov 2008 – Kakinada, India

Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Get Hari Raya Graphics Here

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua yang menyambutnya khasnya kepada Pelanggan Pusat Cendawan Segambut dan rakan-rakan pengusaha cendawan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin

Eddy Junaidy Emran

Pusat Cendawan Segambut

Thursday, August 28, 2008

Perkembangan PCS

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan pengusaha cendawan dan pelawat blog saya.

Sedikit update tentang PCS. Walau pun telah hampir sebulan notis untuk merobohkan PCS dikeluarkan tetapi bangsal PCS masih utuh berdiri. Alhamdullilah rahmat yang maha Esa masih mengiringi usaha PCS. Aktiviti PCS masih berjalan seperti biasa tetapi sedikit perlahan kerana kebanyakkan bahan mentah telah dipindahkan ke Nilai. Di Nilai juga tidak banyak progress kerana bangsal masih belum dibina. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Buat masa ini saya telah kembali bertugas di India. Saya hanya akan pulang kira-kira seminggu sebelum sambutan Aidilfitri.

Dikesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan pengusaha cendawan yang memberi sokongan kepada saya untuk menghadapi dugaan dalam meneruskan perniagaan cendawan ini. Perhatian tuan amat saya hargai

Menjelang Ramadhan mulia yang bakal menjelma ini. Saya mengucapkan Selamat Berpuasa. Semoga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu. Insyallah

Sekian,
Eddy PCS
Kakinada, Telok Banggala, India

Saturday, August 2, 2008

PCS Perlu Di Roboh : DBKL

Salam..

Percaya atau tidak ini adalah cabaran terkini yang saya hadapi.

PCS menggunakan tapak tanah rumah setinggan yang telibat dengan program 'Setinggan Sifar'. Pelbagai usaha yang telah saya lakukan untuk kekal berniaga disana. Namun siapalah saya, untuk menentang dasar kerajaan yang telah ditetapkan. Saya menyahut dasar kerajaan untuk 'mengimara' sektor pertaniaan namun apa bila seorang Bumiputra mencubanya, pelbagai halangan yang 'direncana' untuk melemahkan semangat juang.

Saya tidak menyalahkan 100% kepada kerajaan atas 'order' yang di tetapkan. Namun banyak lagi mereka yang 'tidak sama warna kulit' dibiarkan bermaharajalela menggunakan kemudahan yang terhidang. Saya telah menggunakan pelbagai saluran (TNB,PTG) untuk kekal berniaga namun diketepikan.
Ini adalah sebahagian dari inti pati halangan kepada saya didalam mengusahakan cendawan tiram ini. Saya masih menaruh harapan kepada pihak2 yang bekuasa dan rakan2 yang ada jalan dan cara untuk membenarkan saya terus berniaga. Diharap dapat membantu dengan menghubungi saya melalui e-mail enjagrofarm@yahoo.com atau 012-634 9183 / 012-634 1981

Sekian,
Eddy Junaidy
Pusat Cendawan Segambut

Thursday, July 17, 2008

Habuk Kayu Sudah Tiba

Assalamualaikum,
Sudah lama tak update blog saya. Saya pulang dari India pada 5hb Jun lalu. Setelah berehat 2 hari. Saya telah terbang ke Singapura pula pada 8hb hingga 10hb untuk tugasan disana. Setelah itu baru saya dapat berehat dan mengorak langkah untuk Pusat Cendawan Segambut (PCS).
Pada hari ini, habuk kayu yang saya tempah tiba di PCS. Jadi boleh lah saya memulakan kerja2 membuat beg semula. Telah lama berehat dari buat beg agak kekok juga rasanya. Namun matlamat harus diteruskan.


Habuk kayu yang telah di'pack' dalam guni

Kepada sesiapa yang memerlukan habuk kayu boleh berhubung dengan kami di PCS.
Sekian

Sunday, June 8, 2008

Pelan Lokasi Pusat Cendawan Segambut

Saturday, June 7, 2008

Tempahan Baju Kurung RM 30 Sepasang

Tawaran hebat menjelang hari raya. Promosi awal hari raya. Tempahan baju kurung RM 30 sepasang. Sila hubungi:
Pelan lokasi:


Wednesday, May 28, 2008

Dua bulan lagi

Bercakap tentang 2 bulan lagi, banyak yang perkara yang terlibat sebenarnya. Antaranya pertama adalah 2 bulan lagi masa yang diperlukan untuk 1st batch beg cendawan ini akan mengeluarkan hasil. Insyallah. Yang keduanya dalam tempoh 2 bulan juga EJAF/Pusat Cendawan Segambut akan memulakan fasa kedua penghasilan beg cendawan secara komersial. Yang ketiga nya saya hanya akan berada di Malaysia, Negara tercinta dalam masa 2 bulan lagi. Saya cuba menerangkan cerita ‘2 bulan lagi’ secara am.

1st Batch Beg Cendawan Ini Akan Mengeluarkan Hasil. Insyallah
Buat beg sudah, mengukus pun sudah. Langkah seterusnya adalah menyuntik benih dan memeram beg. Semua beg telah ‘disuntik’ seperti yang dinasihatkan. Semua beg disusun diatas rak yang telah saya buat sendiri. Seperti yang telah saya nyatakan dalam artikel lepas. Saya telah modified 2 almari pakaian yang dah tidak digunakan. Tuan2 boleh lihat pada gambar yang saya sertakan disini. 2 rak almari ini tidak cukup menampung 300 beg cendawan. Saya ada rak tambahan untuk tujuan ini.

Penghasilan Beg Cendawan Secara Komersial
Saya telah menyiapkan perancangan untuk menghasilkan beg cendawan secara komersial dalam masa dua bulan lagi. Yang mana penghasilan beg ini adalah untuk tujuan jualan kepada pegusaha-pengusaha yang mempunyai masalah didalam mendapatkan beg cendawan. Perancangan ini melibatkan modal yang agak besar. Macamanapun jalanya sudah ada. Jadi saya minta agar sahabat2 semua sama2 berdoa agar cita-cita saya akan tercapai kelak. Insyallah. Nantikan Berita Terkini dari Pusat Cendawan Segambut sedikit masa lagi.

Kembali Ke Malaysia 2 Bulan Lagi
Dalam kesibukan menjalankan perniagaan cendawan, saya terlupa yang saya ini masih ‘diperlukan’ oleh satu kontraktor pembagun industri minyak dan gas dari Belanda untuk menjalankan kerja2 mereka. Ketika menulis artikel ini saya sedang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Ghandi , Hydrabad, India. Seterusnya saya akan ke Visakhapatnam, Andra Pradesh yang terletak di bahagian Pantai Timur India. Kemudianya destinasi terakhir saya adalah kapal M.V Lorelay yang sedang melakukan kerja memasangan paip gas di Teluk Benggala. Saya akan bertugas disana kira2 35hari dan pulang ke Malaysia.

Beginilah tugas sebagai jurukur di laut. Pengalaman yang ada membuatkan pasaran mencari ‘org’ untuk berkerja. Pendapatan juga agak lumayan kerana dipengaruhi harga minyak yang tidak menentu kini. Alhamdulillah ini rezeki berkat kesabaran saya mengharung 5 ½ tahun cabaran menuntut ilmu dan menjawab sinis jiran tentang kerjaya jurukur tanah yang saya ceburi.

Itulah coretan saya tentang ‘2 bulan lagi’. Tanggung jawab mengurus bangsal cendawan telah saya berikan kepada Bapa saya. Inyallah beliau akan menjaganya dengan baik di samping bantuan yang kan diberikan dari rakan2 saya.

Sekian
Eddy
Hydrabad, India

Friday, May 23, 2008

Tuaian Pertama

Di peringkat awal mengusahakan cendawan saya ada membeli 60 beg cendawan ¾ matang dari Cendawan Puchong sebagai permulaan dan latihan. Setelah memeramnya 2-3 minggu hasilnya mula kelihatan.

Beg cendawan yang pertama mengeluarkan hasil
Hasil dari beg percubaan ini hanya untuk dimakan oleh kami sekeluarga di samping memberi kepada jiran-jiran sebagai promosi.

Saturday, May 17, 2008

EJAF mengukus beg cendawannya.

Alhamdulillah berkat bantuan dan usaha kawan serta bapa saya 300 beg cendawan berjaya disiapkan. Walaupun hanya 300 bagi saya ia adalah permulaan yang baik. Jumlah ini akan bertambah hari ke hari sehingga menjelangnya fasa kedua pembangunan EJAF.


Mengikut urutan, setelah siap beg cendawan disediakan. Seterusnya adalah proses mengukus. Kukusan di buat dengan tong drum yang telah saya beli dahulu.

Pengukus dan beg cendawan

Saya membuat 4 pusingan untuk mengukus kesemua beg cendawan. Proses ini menemukan saya dengan kaedah monitoring suhu beg cendawan yang telah dikukus. Dengan menggunakan camera digital (flash on) dalam suasana bilik agak gelap. Ambil gambar beg cendawan yang dikukus. Melalui pembalikan cahaya yang terhasil, gambar yang terhasil akan membezakan beg cendawan mengikut suhunya.

Perbezaan beg cendawan yang telah dikukus mengikut suhu

Ini adalah sebahagian pengalaman saya ketika mengukus beg cendawan yang dapat saya kongsi bersama.

EJAF mula menyediakan beg media sendiri

Ini adalah hari yang agak sibuk bagi saya. Dimulakan dengan ke kedai barang lusuh untuk membeli tong drum untuk dibuat pengukus beg media. Harga besi yang tinggi mempengaruh harga tong drum. Setelah ditimbang tong drum yang saya pilih beratnya 25kg. Pekedai tersebut menjual kepada saya dengan harga RM50. Tidak banyak pilihan yang dapat dibuat. Jadi saya pun bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Kemudian tong tersebut dibawa ke EJAF Center untuk menyediakan tungku pengukus. Tungku pengukus siap saya pun berehat untuk sembahyang Jumaat
Setelah selesai Sembahyang Jumaat kerja disambung semula. Saya bertolak ke Cendawan Puchong bersama-sama ibu bapa saya untuk mengambil barang mentah yang telah ditempah. Tujuan membawa ibu bapa saya adalah untuk memberi gambaran yang lebih luas tentang projek yang sedang saya usahakan. Alhamdulillah nampaknya mereka lebih memahami apa yang sedang saya perjuangkan dalam bisnes cendawan ini. Barang yang ditempah di bawa ke EJAF Center.

Sponge untuk top dan EM

Bahan-bahan mentah
Malam menjelma, tetapi kerja masih perlu diteruskan. Dengan bantuan Katik, A-Pen dan Leman kami mula menyediakan bahan media dan menggaulnya. Selesai mengaul bahan, kerja memasukan bahan ke dalam plastik. Kerja ini berlarutan sehingga pukul 12 tgh malam. Kerja terpaksa ditangguhkan kerana rakan-rakan saya perlu rehat untuk berkerja ke-esokan harinya.
Katik, A-pen dan saya sedang menggaul habuk kayu
Katik, A-pen dan Leman sedang memasukan bahan media kedalam plastik

Setelah selesai mengemas lebihan bahan media. Kami bersurai dan kami balik ke rumah

Sunday, May 11, 2008

E&J Agro Farm hadiri kursus cendawan di Cendawan Puchong

Hari ini saya telah menghadiri kursus cendawan di Cendawan Puchong. Bilangan peserta kursus ini adalah 6 orang. Instructor ialah En Abu. Banyak pengalaman dan tips yang telah dikongsi oleh beliau. Kursus yang dimulakan dengan pengenalan kepada cendawan, lawatan ke tempat simpanan media & campuran media, kemudian ke dapur pengukus, kebilik suntikan, bilik eraman dan akhirnya ke bilik tuaian. Kemudian latihan praktik untuk menyediakan beg media diberikan. Pengalaman yang berharga bagi saya. Inilah kekuatan praktikal berbanding teori. Kemudian En Abu membawa kami untuk makan tengahari dan solat zohor.

Setelah selesai, sesi petang dimulakan dengan penerangan tentang penyakit cendawan, kemudian kaedah tuaian dan Q&A. Selesai kursus En Abu menyerah sijil penyertaan kepada semua peserta kursus.

Selesai kursus E&J Agro Farm (EJAF) meminta jasa baik En Abu untuk membekalkan 50 beg media yang telah disuntik benih. Alhamdulillah beliau mengizinkan. Almaklumlah tempahan yang saya buat masih lama lagi untuk diperoleh. Kini EJAF mempunyai 60 beg cendawan sebagai fasa permulaan perniagaan.

Thursday, May 8, 2008

E&J Agro Farm tempah 1000 botol cendawan

Saya telah menempah 1000 botol cendawan. Kerana sambutan cendawan agak baik oleh pengusaha baru seperti saya, Saya kena Q sebelum dapat bahagian saya dari pembekal. Tapi atas jasa baik pembekal saya meminta 10 botol sebagai permulaan. Tempahan penuh hanya akan diperoleh dalam masa 2-3 minggu.

Kerana hanya 10 botol cendawan, saya simpan dirumah sahaja. Dapat lah saya menunjukkan cara 'merawat' cendawan kepada ibu dan bapa saya. Mereka turut berminat untuk membantu saya dalam penanaman cendawan yang baru saya ceburi ini.


Monday, May 5, 2008

E&J Agro Farm mencari FAF

Hari ini saya telah ke Fatisha Agro Farm di Kajang. Jenuh juga mencari FAF. Berpusing-pusing juga sebelum dapat jumpa FAF. Hajat hati hendak berjumpa dengan pengusaha FAF. Tapi disebabkan tidak membuat temu janji, maka tiada sesiapa di FAF. Walaubagaimanapun saya berbangga juga kerana dapat melihat sendiri bangsal yang diusahakan oleh FAF.

E&J Agro Farm guna rumah sebagai Cendawan One Stop Center

Setelah lama berfikir, membuat RP dan survey supplier cendawan akhirnya keputusan pun dibuat untuk mengambil se-unit rumah setinggan untuk dijadikan Cendawan One Stop Center. Unit tersebut terletak di Kg Benteng Segambut Kuala Lumpur. Unit ini berukuran 120'x 40'. Kalu kira kasar boleh masukkan lebih dari 50k botol cendawan dalam satu masa. Ini gambar hall rumah tersebut.Maka bermulalah kerja mengemas unit tersebut supaya boleh dijadikan tempat eraman cendawan. Macam2 barang yang ditinggalkan oleh tuan rumah dahulu. Ada meja makan, set sofa, almari baju dan lain-lain. Sedang sibuk mengemas almari baju terpikir plak 'benda tu' boleh guna tuk rak cendawan. Maka Cergas saya pun susun lah almari itu. huh... bekemas sorang-sorang.. xbanyak yang boleh dibuat. Cuma semangat yang mengiring. Dah penat saya pun berhenti.