Label Cendawan Keluaran PCS

Jadual Kursus

Borang Pendaftaran Kursus/Pertanyaan

Catalog 2011

Wednesday, December 8, 2010

Macam-Macam Ada!!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t

Hish... banyak sangat cerita sampai tak tau nak mula dengan cerita mana dulu. Sebelum lupa saya list kan point2 posting kali ini.

1. Pembantu ladang baru
2. Expension rumah hasil
3. Naik pangkat
4. Projek ternakan ayam kampung dan Itik
5. Anak
6. Luminar Flow dan Autocalve

Perkara2 diatas berlaku mengikut turutan dalam masa posting terakhir saya hingga kini.

1. Pembantu ladang baru.

Umum mengetahui, saya mengaji seorang pekerja asing dari Bangladesh untuk membantu urusan PCS. Beliau mula berkhidmat dengan PCS dari bulan May 2009 sehingga July2010. Atas faktor kesihatan beliau meminta untuk pulang ke Bangladesh semula. Terima kasih PCS untuk En Jahangir Sirajul Islam.


Kekosongan En Jahangir, di isi oleh pembantu yang baru iaitu Kak Fatima dan dibantu oleh suaminya En Mizul. Terima kasih kepada mereka kerana/sedang membangunkan PCS. Dengan kerjasama En Mizul dapat saya menambah lagi cabang niaga PCS

2. Expension rumah hasil

Sebelum En Jahagir balik semula ke Bangladesh, PCS telah ada 2 rumah hasil. Apabila Kak Fatima bekerja dengan PCS, rumah ke-3 berjaya disiapkan. Masih mengekalkan konsep lama (guna canopy), dengan susunatur rak yang cantik (En Mizul yang jadi tukang). Rumah ini boleh memuatkan kira2 7ooo bongkah. Pada sesiapa yang berminat boleh hubungi En Mizul untuk berbincang kadar upah-nya



Tugasan pertama Kak Fatima adalah untuk memenuhkan rumah tersebut. Tahniah buat beliau kerana berjaya berbuat demikian dalam masa yang ditetapkan. Kini rumah ini telah pun mengeluarkan hasilnya.

3. Naik pangkat.

Dalam kesibukan dan pertambahan kerja di PCS, syarikat tempat saya bekerja telah menawarkan jawatan pengurus. Jawatan ini meletakkan saya supaya sentiasa berada di pejabat. Jadi saya agak jarang berada di PCS, cuma pada lewat petang atau hujung minggu sahaja saya kesana.

Semasa tawaran ini dikeluarkan syarikat, isteri saya sedang sarat mengandung. Betul lah ramai org berkata, rezeki anak2

Tugasan pertama saya dengan jawatan baru adalah menguruskan Projek Supply untuk Navy. Sepanjang bulan Aug, Sept, dan Oct saya sentiasa berulang-alik KL-Lumut untuk menyempurnakan projek tersebut.

Alhamdulillah, pada penghujung bulan Okt kesemua urusan projek tersebut selesai.
Sekarang ini, projek untuk Petronas pula yang menjadi target.

4. Projek ternakan ayam kampung dan itik


Bersama En Mizul, PCS berjaya menambah cabang niaga. Kini kami telah berjaya menternak ayam kampung dan itik.




Buat masa ini En Mizul telah berjaya mendirikan 4 reban. 3 untuk ayam dan 1 untuk itik. Jumlah ayam yang diternak lebih kurang 300 ekor dan 50ekor itik. Saya berdoa agar ayam dan itik ini dapat bertelur dah menambahkan lagi jumlah yang sedia ada.
Insya-Allah menjelang Tahun Baru Cina ayam dan itik tersebut sudah cukup umur untuk dijual.

Untuk mereka yang berminat, sila hubungi En Mizul untuk maklumat lanjut

5. Anak

tup-tup dah setahun saya ber-isteri. begitu cepat masa berlalu tanpa disedari.




Pada tanggal 25-10-2010 lahirlah putera sulung kami sebagai pelengkap institusi keluarga. Kami menamakan putera kami - Harraz bin Eddy Junaidy. (pewaris PCS.. Insyall-Allah)

Dengan kelahiran Harraz menambah lagi ke-unikkan angka 10 buat saya dan isteri. Ini kerana Saya dan isteri lahir pada bulan 10, ber-nikah pada bulan 10, di anugerahkan Harraz pada bulan 10, ditambah lagi Harraz merupakan cucu yang ke-10 di sebelah keluarga saya. Begitulah ke unikan angka 10 buat kami sekeluarga.


6. Luminar Flow dan Autoclave

Pasti menjadi impian untuk pengusaha cendawan untuk menghasilkan benih cendawan sendiri. PCS juga tidak terkecuali.

PCS telah mencuba untuk menghasilkan benih sendiri secara kecil-kecilan atau dengan bahasa yang lebih tepat 'untuk kegunaan sendiri' dengan menggunakan pressure cooker sebagai tempat menstrail medium.

Baru-baru ini, dengan bantuan seorg rakan (En Sulaiman) PCS telah berjaya memiliki Luminar Flow dan Autoclave. Peralatan bertaraf industri ini pastinya memberi kelebihan untuk kami berkembang dalam cabang niaga penghasilan benih. Insya-Allah.


Saya rasa cukup untuk posting kali ini. Saya akan update posting baru kemudian.

Sekian,
Eddy PCS