Label Cendawan Keluaran PCS

Jadual Kursus

Borang Pendaftaran Kursus/Pertanyaan

Catalog 2011

Friday, April 2, 2010

Peralihan Kuasa Sementara PCS

Assalamualaikum,



Berat tajuk post kali ini. Peralihan kuasa tu... bukan perkara main2.. tapi sementara sahaja.



Setelah setahun menumpukan sepenuh usaha di PCS, pelbagai ujian dan kejayaan yang telah saya lalui. Kesemuanya pengalaman menambah kematangan saya dan PCS dalam bidang perniagaaan.



Dalam masa yang sama kerjaya saya sebagai Jurukur Hidrografi tetap saya bawa. Cuma tidak sesibuk tahun 2007 & 2008. 2009 merupakan tahun suram bagi mereka2 yang berada dalam industri Minyak dan Gas. Terkesan dari krisis ekonomi USA membawa ke Antarabangsa menjadikan permintaan (demand) kepada minyak dan gas berkurangan. Kesan yang saya dan rakan2 lain rasa adalah peluang untuk bekerja sangat kurang. Ini terjadi kerana prinsip asas perniagaan iaitu:



LESS DEMAND = LESS SUPPLY = LESS PRODUCTION = LESS WORKS



Alhamdulillah, ekomoni dunia bergerak kearah yang positif. Secara tidak langsung membawa demand pada minyak dan gas bertambah.



Ketika saya publish ini, Saya dalam perjalanan ke Baku, Azerbaijan seterusnya ke Turkmenistan untuk menjalankan kerja2 pengukuran untuk tujuan Engineering Design Pipeline Route Survey untuk Petronas Carigali Turkmenistan. Hebat Petronas kita!!!!!!



Kerja2 pengukuran ini akan mengambil masa kira2 3-4 minggu. Sepanjang tempoh ini saya 'terpaksa' menyerakan tugas mengendalikan PSC kepada warga PCS seperti berikut:



1. Pn Hjh Julia - 017 284 6810 - untuk tempahan cendawan segar & beg cendawan

2. En Jahagir - 016 279 8195 - collection cendawan segar/lawatan ladang

3. Pn Siti Aishah - 012 624 0262 - kursus



Diharap wakil2 saya dapat memberikan kerjasama terbaik untuk pelanggan2 PCS.



Sekian

Eddy PCS