Macam-Macam Ada!!!!!!!
Assalamualaikum w.b.t
Hish... banyak sangat cerita sampai tak tau nak mula dengan cerita mana dulu. Sebelum lupa saya list kan point2 posting kali ini.
1. Pembantu ladang baru
2. Expension rumah hasil
3. Naik pangkat
4. Projek ternakan ayam kampung dan Itik
5. Anak
6. Luminar Flow dan Autocalve
Perkara2 diatas berlaku mengikut turutan dalam masa posting terakhir saya hingga kini.
1. Pembantu ladang baru.






Semasa tawaran ini dikeluarkan syarikat, isteri saya sedang sarat mengandung. Betul lah ramai org berkata, rezeki anak2
Tugasan pertama saya dengan jawatan baru adalah menguruskan Projek Supply untuk Navy. Sepanjang bulan Aug, Sept, dan Oct saya sentiasa berulang-alik KL-Lumut untuk menyempurnakan projek tersebut.
Alhamdulillah, pada penghujung bulan Okt kesemua urusan projek tersebut selesai.
4. Projek ternakan ayam kampung dan itik




Dengan kelahiran Harraz menambah lagi ke-unikkan angka 10 buat saya dan isteri. Ini kerana Saya dan isteri lahir pada bulan 10, ber-nikah pada bulan 10, di anugerahkan Harraz pada bulan 10, ditambah lagi Harraz merupakan cucu yang ke-10 di sebelah keluarga saya. Begitulah ke unikan angka 10 buat kami sekeluarga.
6. Luminar Flow dan Autoclave
Pasti menjadi impian untuk pengusaha cendawan untuk menghasilkan benih cendawan sendiri. PCS juga tidak terkecuali.
PCS telah mencuba untuk menghasilkan benih sendiri secara kecil-kecilan atau dengan bahasa yang lebih tepat 'untuk kegunaan sendiri' dengan menggunakan pressure cooker sebagai tempat menstrail medium.
Baru-baru ini, dengan bantuan seorg rakan (En Sulaiman) PCS telah berjaya memiliki Luminar Flow dan Autoclave. Peralatan bertaraf industri ini pastinya memberi kelebihan untuk kami berkembang dalam cabang niaga penghasilan benih. Insya-Allah.


Saya rasa cukup untuk posting kali ini. Saya akan update posting baru kemudian.
Sekian,
Eddy PCS