Label Cendawan Keluaran PCS

Jadual Kursus

Borang Pendaftaran Kursus/Pertanyaan

Catalog 2011

Friday, May 1, 2009

Rumah Cendawan Baru & Mesin Begging

Assalamualaikum

Syukur, PCS dapat meneruskan perniagaan. Kini PCS sedang sibuk dengan kerja membesarkan PCS. Kira-kira sebulan yang lalu PCS telah mengambil keputusan untuk membina rumah cendawan yang baru. Sedikit kelainan kami bawa dengan mengunakan CANOPY!!!!. Saiz 20x20 kaki. Ni gambar dia.

Monitoring suhu telah kami buat. Tak lah sepanas yang kami jangkakan. Masih sesuai untuk menjadi rumah cendawan. Kepada sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan dengan PCS. Harga sekitar RM10k termasuk rak besi mengikut harga semasa besi. Untuk PCS kami masih guna rak kayu kerana stok kayu kami masih banyak

Rak pun telah siap dipasang. Dua pekerja kami bertungkus lumus menyiapkan rak tu. Rumah cendawan baru ini boleh memuatkan kira2 5k botol cendawan. Sekarang kami berusaha untuk memenuhkan rak dengan beg2 cendawan disamping menyiapkan tempahan beg dari pelanggan.

Di masa ini, PCS sedang menggaji 2 pekerja. Kelebihan kepada kami kerana pekerja tersebut serba-boleh. Dari membancuh simen, bertukang, membuat beg dan lain2 dilakukan oleh mereka berdua. Syukur.


Walaupun ada 2 pekerja, production masih sedikit dan mengambil masa yang sgt panjang untuk membuat beg. Mereka hanya boleh menggaul 100kg habuk setiap hari. Jadi PCS mengambil keputusan untuk membeli mesin begging dari Pak Syed, Cendawan Sg Udang. Delivery telah dibuat, dan pekerja kami telah menggunakan mesin tersebut.

Hasilnya pengeluaran berjaya ditingkatkan 2 kali ganda. PCS percaya pengeluaran akan terus meningkan dari masa ke semasa. Tengok lah tu seorang pekerja saya sedang mengisi beg cendawan. Tekun dan teliti !!!!!
Dengan ada pekerja dan mesin ini PCS bersedia menerima tempahan rumah cendawan, beg cendawan dan lain perkhidmatan. Kepada sesiapa yang berkelapangan tuan/puan dijemput untuk melawat PCS. Kepada yang mempunyai GPS, sila rujuk kedudukan PCS seperti di bahagian Pelan Lokasi (farm).
Sekian, Wassalam
Eddy Junaidy
Kuala Lumpur

1 comments:

Kelip kelip said...

assalamualaikum. Selamat pulang ke tanah air. Menjadi nampak cendawan. Kalau masih tak cukup pekerja. Along sedia berkhidmat janji ada masyukk. Dah lama tak makan cendawan fresh ni. semoga terus berjaya dan menjadi taukeh cendawan. Jangan badan tumbuh cendawan sudah;. bye.

love : along, syaza and lela :)